Perak Hari Ini

Perak Jadi Tuan Rumah Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2015

IPOH: Buat pertama kalinya, Perak telah telah dipilih menjadi tuan rumah untuk Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2015 yang akan berlangsung selama sebulan.

Dengan bertemakan ‘Muzium Untuk Masyarakat Lestari’, sambutan Hari Muzium tersebut telah bermula sejak semalam dan akan berakhir pada 6 Ogos 2015 depan.

PhotoGrid_1438477043817

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Ong Hong Peng berkata, pemilihan tema tersebut sangat bersesuaian kerana ianya merupakan satu isu global yang sering dibincangkan diperingkat antarabangsa.

“Tema ini memfokuskan betapa pentingnya fungsi muzium dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang keperluan untuk membudayakan amalan kerjasama sesama masyarakat.

PhotoGrid_1438477008802

“Dalam hal ini, muzium bukan sahaja berperanan dalam pendidikan dan pengantara budaya, malah turut memainkan peranan penting sebagai penyumbang kepada definisi yang sesuai untuk amalan pembangunan lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2015, di Ipoh Parade, di sini, semalam.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Wan Jamaluddin Wan Yusoff.

2015-08-02 08.51.38

Ong turut berkata, muzium juga perlu mengukuhkan peranan sebagai agen dalam membimbing dan mengekalkan budaya serta khazanah negara.

“Justeru, pihak muzium perlu bekerja keras dengan mengambil langkah-langkah proaktif dalam mendidik masyarakat tentang amalan terbaik pembangunan mampan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pihak muzium perlu melakukan anjakan paradigma bagi meletakkan muzium sebahagian daya pengeluaran budaya dan pembangunan lestari.

PhotoGrid_1438477072584

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");