Perak Hari Ini

Perak Kecundang Lagi

IPOH: Selepas tewas dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT)4-1, pasukan Perak terus mempamerkan aksi yang tidak memuaskan apabila tewas pula kepada pasukan Selangor malam ini.

Selangor meraih kemenangan selepas melakar kejutan dengan menundukkan pasukan tuan rumah Perak 2-0 pada aksi tunggal Liga Super di Stadium Perak, di sini, Jumaat malam.

Keputusan tersebut menyaksikan Selangor selesa kini berada di anak tangga ke-3 dalam senarai kedudukan Liga Super musim ini.

Manakala bagi The Bos Gaurus akibat kelekaan ini hanya mampu berbangga berada di tangga ke-8 antara yang tercorot bagi musim ini.

Perak sekali lagi gagal merealisasikan misi menamatkan saingan Liga Super pada kedudukan lima pasukan terbaik, malah pretasi semakin menurun dengan mendadak hingga menyaksikan rentetan kekalahan demi kekalahan.

Pada aksi malam ini, kedua-dua pasukan saling mengasak bagi memburu gol awal namun Selangor lebih bernasib baik apabila Ahmad Hazwan Bakri meledak gol pembukaan menerusi rembatan kencang pada minit ke-27 dan keputusan itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Selangor kembali meneruskan asakan bagi memburu gol kedua dan hasil jaringan daripada Guilherme De Paula menjadikan kedudukan 2-0  pada minit ke-70.

Pasukan Selangor terus mengasak manakala pasukan Perak kelihatan hilang punca dan menyaksikan jaringan gol tetap sama sehingga berakhirnya perlawanan.

Pasukan Perak kelihatan semakin lemah dibahagian pertahanan dan serangan hinggakan ruang buat Selangor cukup mudah membolosinya.

Situasi tambah rapuh apabila pasukan skuad Seladang ini berhadapan dengan masalah kecederaan yang membelenggu ramai pemain utama termasuk tiga pemain importnya.

Kini The Bos Gaurus menutup tirai saingan liga musim 2015 dengan kecundang di tempat sendiri tanpa sebarang gol bagi aksi bertemu Selangor kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");