Perak Hari Ini

Perlu Bantuan RM160,000 Rawat Anak Hidap Kanser Tulang

IPOH: Sepasang suami isteri memerlukan dana sekurang-kurangnya RM160,000 bagi menampung kos perubatan anak sulung Damia Irdina 10 tahun yang menderita penyakit Ostesarcoma atau kanser tulang di bahagian paha kirinya.

Ayah kanak-kanak tersebut, Shahril Haizal Mohammad 34 dan ibunya, Noor Azlina Abdullah 32, mengharapkan sumbangan orang ramai untuk membantu meringankan beban mereka bagi mengubati penyakit anak mereka yang dijangka memerlukan tempoh dua tahun  rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kos sebanyak RM160,000 itu tidak termasuk caj rawatan, kos ubat-ubatan, makanan kesihatan, kos perjalanan bagi rawatan susulan yang perlu ditanggung mereka selama dua tahun.

5 (2)

 

Bercerita kepada  wartawan, Azlina berkata, penyakit anaknya mula dikesan apabila kaki Damia mula membengkak sejak awal Mei pada awanya mendapati kaki anaknya mula membengkak.

“Bila makin teruk, kami bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk lakukan ujian X-ray dan doktor mengesyaki ada dua kemungkinan. Doktor cakap, mungkin kaki anak saya dijangkiti kuman atau pun barah dan kami diminta untuk merujuk ke pakar tulang di PPUM,”ceritanya.

Azlina turut berkata, selepas melakukan pemerikasaan lanjut di PPUM, pakar tulang mengesahkan bahawa anaknya menghidap barah tulang tahap satu.

“Kami dapat tahu keputusan tersebut seminggu sebelum puasa dan pada waktu itu Damia masih boleh berjalan, tetapi jalannya kelihatan pelik sedikit,”katanya.

Kata Azlina lagi, doktor turut memaklumkan kepada mereka bahawa rawatan untuk menyembuhkan sakit yang dihidapi anaknya itu memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Tambah beliau lagi, sekiranya mereka menolak untuk menerima rawatan yang dicadangkan doktor, mereka hanya mempunyai masa selama dua bulan sebelum sel-sel barah tersebut menyerang paru-paru Damia.

3 (2)

“Doktor tidak menggalakkan minuman atau serbuk-serbuk herba dan kami ikutkan arahan doktor asalkan ianya tidak bercanggah dengan arahan yang diberikan dan kalau boleh buat rawatan ini dengan cepat, peluang untuk Damia sembuh sangat tinggi,”katanya.

Sementara itu, Shahril turut memaklumkan bahawa mereka sudah memohon bantuan daripada Baitulmal Perak dan berjaya mendapatkan bantuan daripada beberapa pihak.

“Kami turut memohon bantuan daripada Baitulmal dan Baitulmal sudi memberi bantuan sebanyak RM44,000 untuk menampung kos implan Damia.

“Ada juga guru-guru sekolah Damia yang melakukan kutipan sesama guru-guru dan juga bantuan dari jiran-jiran,”katanya.

Damia kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya dan kini mendapat cuti khas selama dua tahun untuk mengubati sakit yang dihidapinya itu.

Katanya lagi, Damia perlu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam pusingan dimana setiap pusingan, anaknya itu perlu melalui tiga kali proses kimoterapi.

Tambah beliau lagi, beliau ada memohon supaya perubatan anak sulungnya itu dipindahkan dari PPUM ke HRPB tetapi ditolak berikutan pihak HRPB tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk merawat penyakit anaknya.

Shahril yang hanya bekerja sendiri turut mengakui bahawa beliau mempunyai kekangan dari segi kewangan dan kini hanya isteri beliau yang sering berulang alik ke Kuala Lumpur bagi proses rawatan Adik Damia.

2 (1)

Ujarnya lagi,beliau turut menanggung tiga lagi anaknya iaitu Firdaus Ar-Rayyan 6, Dahlia Az-zahraa 5 dan Harraz ar-Razin setahun.

Anak keduanya, Firdaus turut menghidap asma dan beliau terpaksa membatalkan rawatan susulan anaknya di HRPB setiap tiga bulan berikutan kekangan masa dan kewangan.

Shahril dan Azlina turut memohon sumbangan orang ramai supaya dapat membantu mereka sekeluarga bagi meringankan beban yang dihadapi.

“Saya harap anak saya boleh hidup macam kanak-kanak, boleh bermain berlari dengan kawan-kawan yang lain,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Maybank milik Noor Azlina Abdullah (1 582 021 66499) dan (1 584 351 09406) atau akaun Bank Islam Noor Azlina (08 0730 2360 5763).

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan kesihatan Damia, orang ramai boleh menghubungi Shahril di talian 013 516 0009 atau Azlina di talian 013 598 2278.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");