Panasnya Hari Ini

Perlu Segera Siasat Skandal Hartanah MARA

KUALA LUMPUR: Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa meminta agar siasatan audit berhubung skandal pembelian hartanah di luar negara oleh sebuah anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA), Mara Inc perlu disegerakan.

Memetik sumber laman portal Awani, beliau turut meminta agar isu berkaitan dengan wang rakyat perlu dijalanakan secara telus.

“Saya sudah memberi arahan minggu lepas, semuanya mesti dipercepatkan. Jangan lengahkan dengan birokrasi pelantikan kerana kita perlu mendapatkan maklumat lanjut dan lebih terperinci.

“Ini adalah satu perkara yang akan menentukan cara MARA bekerja akan datang. Kalau kita ada kesilapan, kita tidak mahu kesalahan berulang, kalau kita temui sebarang salah laku, tindakan hendaklah diambil dengan tegas, kerana kita menguruskan wang orang awam,” katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal dan Tayangan Perdana Jejak Warrious di ibu negara pada Ahad.

Menngenai pengauditan kewangan MARA oleh syarikat audit, Pricewaterhouse Coopers (PWC), Annuar menjelaskan MARA telah melantik syarikat itu bulan lalu, namun pengauditan tidak dapat dilakukan kerana terma rujukan (ToR) pengauditan masih disediakan.

“Sepatutnya bulan lepas, tetapi kerana dia (PWC) ingin menyiapkan ToR, sebab ToR melibatkan kos dan kita (MARA) mesti mendapatkan kelulusan, (perlu) mengikut peraturan kewangan tertentu.

“Proses pelantikan baru selesai kerana kita kena menggariskan ToR, apa keperluan-keperluan yang kita mahu mereka kaji dan sebahagian penyiasatan ini melibatkan juruaudit terpaksa ke luar negara. Jadi kosnya agak tinggi dan saya perlu dapatkan kelulusan.

“Kita lulus secara prinsip, cuma tinggal peraturan kewangan sahaja yang harus kita ikuti,” jelas Annuar.
Berkenaan siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Annuar berkata suruhanjaya itu belum memberi sebarang maklum balas kepada MARA.

Beliau turut menegaskan bahawa MARA tidak seharusnya mengganggu siasatan yang sedang dilakukan SPRM, dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM termasuklah memberikan sebarang maklumat.

Terdahulu akhbar Australia The Age melaporkan pembelian satu blok pangsapuri di Melbourne yang turut melibatkan pegawai agensi itu pada harga yang menjangkaui harga pasara oleh salah satu sayap pelaburan MARA Inc.

Akhbar dikatakan mendakwa bahawa terdapat ‘sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya’ telah membayar lebih iaitu sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri tersebut pada 2013.

Susulan itu juga, MARA mengambil keputusan untuk merehatkan sementara dua pegawai kanan Mara Inc iaitu Pengerusinya, Datuk Muhamad Lan Allani dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Halim A. Rahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");