Jenayah

Polis tahan suspek kes bunuh guru al-Quran

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki berumur 52 tahun pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang guru al-Quran di Kampung Dendong, Jeli.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Ahmad Taufik Abdullah berkata suspek yang dipercayai mempunyai talian persaudaraan dengan mangsa ditahan pada pukul 7.30 malam, di kampung yang sama.

Suspek kini direman sejak semalam bagi membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Ahmad Taufik berkata hasil bedah siasat mendapati sebelah pergelangan tangan dan kaki mangsa, Ruziah Saupi, 50 mempunyai kesan hirisan senjata tajam dan mangsa meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak.

“Kita menyiasat motif pembunuhan dari setiap sudut kerana kemungkinan wujud unsur lain dalam kes ini berikutan tiada kesan pergelutan atau pencerobohan di kediaman mangsa,” katanya.

Kehilangan Ruziah sejak Selasa (28 Julai) terjawab selepas mayatnya ditemui terbaring pada Khamis lepas dalam keadaan tidak bernyawa di tebing Sungai Pergau, Batu Melintang, Jeli.

Mayatnya ditemui seorang penjala ikan pada pukul 12 tengah hari dalam keadaan mengiring di atas batu, kira-kira 400 meter dari rumahnya. -Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");