Panasnya Hari Ini

Polis Tidak Campurtangan Dalam Isu Undi Tidak Percaya

KUALA LUMPUR: Pihak polis menafikan dakwaan salah seorang pemimpin kanan UMNO yang mendakwa bahawa pihak polis campurtangan serta mengenai cubaan bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi undi tidak percaya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perkara tersebut perlu diselesaikan oleh parti politik kerana tiada unsur jenayah yang terlibat.

“Perkara ini tidak melibatkan polis. Kami hanya mengambil berat berkaitan cubaan menggulingkan kerajaan atau Perdana Menteri melalui cara yang tidak demokratik,”katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Jelasnya lagi, kenyataan beliau sebelum ini bahawa polis hanya melihat kepada laporan polis berhubung perkara tersebut (usaha menggulingkan kerajaan) selepas ianya dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Bila saya cakap polis akan melihat laporan itu bermaksud apa sahaja laporan polis yang dibuat, kami terikat untuk melihat bagi menentukan jika ada unsur jenayah, maka waran siasatan akan dikeluarkan dan tindakan dari pihak kami.

“Jika tiada, kami tidak akan meneruskan siasatan. Saya harap pengkritik harus faham perkara ini,”tegasnya.

Terdahulu, Zahid mendakwa terdapat beberapa individu yang didalangi oleh beberapa ahli Parlimen untuk merancang bagi menggulingkan kerajaan menerusi ‘pintu belakang’.

Khalid turut menegaskan sekali lagi bahawa pihak polis tidak akan campurtangan dalam usul undi tidak percaya kerana ianya tidak melibatkan unsur jenayah, sebaliknya ianya perlu diselesaikan oleh parti politik yang terlibat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");