Panasnya Hari Ini

Pulangkan Semula Pegawai Saya, Ambil Saya Sebagai Ganti -SPRM

Foto:-MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , Datuk Seri Shukri Abdull tampil menyuarakan untuk sanggup menggantikan dua pegawai beliau yang telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Katanya, kedua-dua pegawai tersebut hanya menjalankan tugas mengikut arahan yang diberikan.

“Segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti.

“Pegawai saya bertindak atas arahan saya,”katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Terdahulu, Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob telah dipindahkan ke JPM.

Bahri sebelumnya merupakan individu yang mengendalikan kes berprofil tinggi dengan lantang menentang ‘gangguan’ yang telah dilakukan oleh pihak Polis terhadap SPRM.

Rabu lalu, beliau turut bersumpah atas nama Allah akan mencari ‘pihak’ yang telah mengarahkan untuk menangkap pegawainya.

Rohaizad pula telah menerima lawatan daripada pihak pemimpin pembangkang yang turut menyatakan sokongan kepada pihak SPRM yang kini dilihat telah menjadi sasaran, serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis.

Anggota-anggota SPRM telah disiasat berikutan terdapat dakwaan berlaku kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu derma RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi miliknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");