Perak Hari Ini

Pupuk Budaya Hidup Sihat

IPOH:Malaysia komited untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan memastikan kehidupan secara sihat dikalangan masyarakat terus dipupuk.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, To’ Puan Dr Safurah Jaafar berkata persekitaran ekonomi dan sosial, sumbangan kepada peningkatan kesihatan dan peranan pelbagai pihak kerajaan dan bukan kerajaan menyumbang kepada perkembangan kesihatan di Malaysia.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Persidangan Kesihatan Kali-6 Peringkat Negeri Perak yang bertemakan “Talking Health in Your Grasp: Living Healthy for Life” berlangsung selama tiga hari bermula 17 Ogos sehingga 19 Ogos di Hotel Casuarina@Meru.

PERAKTODAY8 (2)

Tambahnya lagi, konsep penjagaan kesihatan dan konsep doktor keluarga juga antara yang dibentuk sebagai satu pendekatan yang ingin diterapkan oleh pihak kementerian.

“Pasukan ini melibatkan penyertaan pengamal kesihatan, klinik kesihatan awam,badan bukan kerajaan selaku pusat penjagaan kesihatan.

“Perkhidmatan ini dalam tempoh percubaan di beberapa klinik di Malaysia melalui pendekatan konsep Doktor keluarga,” katanya.

Ujarnya lagi, melalui konsep tersebut doktor akan memberi bimbingan kepada pesakit mereka untuk mengharungi penyakit yang ditanggung.

“Nilai-nilai penjagaan secara interpersonal tersebut sangat berharga kepada pesakit malah mereka akan lebih menghargai peranan doktor keluarga dalam menyelaraskan penjagaan kesihatan,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, bagi perkhidmatan kesihatan, akses dan kualiti penjagaan kesihatan telah bertambah baik.

“Pada penghujung tahun 2013, terdapat 149 hospital kerajaan (141 hospital dibawah MOH) dengan 43,437 katil, 1,039 klinik kesihatan, 1,821 klinik dikawasan pendalaman, 212 pasukan klinik bergerak, 52 klinik pergigian dan 27 klinik gigi bergerak.

“Setakat ini populasi doktor sebanyak 1.633, manakala doktor gigi nisbahnya 1.5, ahli farmasi bernisbah 1.2,94 dan jururawat terlatih bernisbah 1.33,” ulasnya.

Beliau turut menasihati semua supaya mengamalkan cara hidup yang sihat termasuklah memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga.

“Kesihatan minda dipengaruhi oleh banyak faktor termasuklah taraf pendidikan, pengawalan tekanan, diabetes, faktor merokok dan tekanan darah tinggi serta beberapa risiko lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");