Panasnya Hari Ini

Rafizi Saran Ahli Kabinet Isytihar Harta Sebelum Laksana Undang-Undang

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyarankan supaya semua anggota Kabinet termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan perincian harta, pendapatan dan perbelanjaan lain sebelum undang-undang yang mengawal pembiayaan politik itu dilaksanakan.

Katanya lagi, sekiranya anggota Kabinet tidak mendedahkan harta, pendapatan dan perbelanjaan mereka, usaha menggubal undang-undang tersebut perlu diboikot.

Rafizi turut berkata, perbincangan untuk merangka pembiayaan politik yang lebih telus boleh dilakukan apabila Najib dan anggota Kabinetnya berbuat demikian.

“Dengan harapan, mana-mana menteri yang terbukti mempunyai harta dan berbelanja melebihi pendapatan didakwa dan dihukum terlebih dahulu.

“Saya juga berpendapat pembiayaan politik yang telus boleh dicapai dengan menggunakan kaedah kerajaan memperuntukkan geran kepada parti-parti politik mengikut jumlah sokongan undi majoriti yang diperolehi di dalam pilihanraya yang lepas,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu lagi, sekiranya kerajaan memperuntukkan geran tersebut, maka, undang-undang boleh diperketatkan dengan syarat sebarang derma politik yang disalurkan kepada mana-mana ahli politik atau parti dilakukan secara telus.

Tambahnya lagi, perkara tersebut telah dilakukan oleh banyak Negara lain yang mengamalkan demokrasi matang.

“Oleh itu, saya ingin menasihatkan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low supaya cuba mendapatkan pengisytiharan harta dari Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri sebelum beliau sibuk memukul canang mengenai undang-undang pembiayaan politik,”katanya.

Terdahulu, Najib telah mengumumkan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang akan bertindak untuk merangka satu pelan pembiayaan politik yang berintegriti, komprehensif serta inklusif.

Najib berkata, pelan tindakan pembiayaan politik itu akan dihasilkan melalui pembaharuan dan penambahbaikan undang-undang yang diperlukan dalam tempoh setahun dan seterusnya sebelum Pilihan Raya Umum ke 14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");