Jenayah

Rampas 1,241 bahagian haiwan

Kuala Lumpur: Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur merampas 1,241 unit pelbagai bahagian haiwan seperti harimau dan gajah dianggarkan bernilai lebih RM100,000 dan menahan tiga individu warga India di Jalan Pudu, Rabu lalu.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tiga individu berusia lingkungan 40-an termasuk seorang wanita dan dikenali sebagai ‘Geng Rajja’ ditahan.

Mereka dipercayai sering datang ke negara ini untuk membekal dan menjual kulit serta organ haiwan hidupan liar, katanya.

Menurutnya, ketika ditahan, suspek membawa anggota penguatkuasa ke bilik di hotel bajet berhampiran yang dijadikan stor penyimpanan bahagian haiwan seperti kulit, kuku, gigi dan bulu harimau serta gajah.

“Semua hasil rampasan sudah dihantar ke makmal forensik untuk mengenal pasti sama ada ianya tulen ataupun tiruan.

“Mereka ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 68 dan Seksyen 87 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya pada sidang media, hari ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");