Berita Hari Ini

Rebut manfaat asas kukuh pelancongan

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata asas pelancongan Malaysia, sama seperti asas ekonomi, masih kukuh dan perlu dimanfaatkan menerusi pelbagai saluran untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.

Perdana Menteri menyenaraikan bahawa negara terkenal dengan hospitalilti dan budaya ramah-tamah, khazanah warisan semula jadi, kepelbagaian adat resam dan kini, terutamanya, lebih nilai wang yang membolehkan pelancong merasai pelbagai pengalaman di Malaysia berbanding destinasi lain, dari segi kadar tukaran wang.

“Semua ini masih menjadi tarikan jualan yang perlu dipergiatkan lagi dan disebar luas menerusi semua saluran untuk meningkatkan angka pelancong,” katanya pada acara bertajuk Satu Jam Bersama Perdana Menteri anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di sini, semalam.

Najib berkata, kerajaan sedar bahawa persaingan adalah sengit, dengan negara lain turut berusaha keras untuk menarik pelancong ke negara mereka.

Untuk menjadikan sektor pelancongan Malaysia lebih kompetitif, katanya: “‘”Insentif mungkin perlu disemak semula dan isu imigresen seperti pemberian visa pada waktu ketibaan dan yuran visa serta visa elektronik perlu dikaji semula bagi memudahkan pelancong masuk ke negara ini.”

Najib berkata, syarikat penerbangan dan pelabuhan juga perlu menambah perkhidmatan penerbangan terus dan jalinan hubungan, kedua-duanya saling berkaitan untuk meningkatkan ketibaan pelancong.

Beliau mencadangkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelancongan untuk bermesyuarat dalam waktu terdekat untuk menyelesaikan isu antara kementerian.

“Dalam pada itu, industri ini sendiri perlu percaya terhadap asas pelancongan Malaysia dan dengan cara mereka sendiri memasarkan asas ini untuk membantu merancakkan industri ini,” katanya.

Najib berkata, MATTA dan anggotanya mempunyai peranan untuk dimainkan bagi membantu memberitahu perkara yang benar mengenai negara ini kepada pasaran luar negara.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");