Panasnya Hari Ini

RM2.6 Billion Dalam Akaun Najib Bukan Dari 1MDB – SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kenyataan medianya hari ini berkata, dana sebanyak RM2.6 billion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan disalurkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan Astro Awani, SPRM turut memaklumkan ianya telah disahkan melalui siasatan yang dibuat oleh SPRM ke atas syarikat SRC International.

SPRM turut berkata, wang tersebut adalah hasil daripada sumbangan penderma.

Peguam Negara juga turut dimaklumkan berkaitan laporan hasil siasatan tersebut.

Dalam kenyataan media itu juga, SPRM akan terus menyiasat SRC International termasuklah dana yang berjumlah RM4 billion.

Kenyataan yang sama turut menyatakan bahawa, melalui penubuhan Pasukan Petugas Khas, telah wujud pelbagai siasatan yang dilakukan secara serentak ke atas beberapa syarikat yang terlibat.

SPRM juga turut memberi tumpuan sepenuhnya ke atas SRC International dan dana sebanyak RM2.6 billion ke dalam akaun milik Najib yang juga selaku Menteri Kewangan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan berkaitan dengan 1MDB dan Bank Negara Malaysia (BNM) turut menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");