Sukan Hari Ini

Rodgers mahu skuad garang di Anfield

London: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers memberi pendedahan kepada pemain baru berlatih di Anfield menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat sendiri menentang Bournemouth, awal pagi esok.

Rodgers menyenaraikan lima pemain baru yang membuat penampilan sulung ketika Reds mencatat kemenangan 1-0 di Stoke City minggu lalu.

Liverpool meraih kemenangan melalui rembatan jarak jauh Philippe Coutinho pada minit ke-86.

Musim lalu Liverpool berdepan masalah beraksi cemerlang di tempat sendiri selepas kecundang empat perlawanan dan seri lima kali.

“Saya rasa sangat penting buat pemain serta dan kakitangan baru membiasakan diri berada di Anfield,” katanya pada sidang akhbar pra perlawanan.

“Mereka mengetahui betapa istimewanya detik itu. Mereka berlatih dengan baik (kelmarin) dan kami tidak sabar menghadapi perlawanan kedua.

“Ia gelanggang istimewa bermain bola sepak malah penting buat kami melalui satu lagi musim mencabar. Kami mahu meneruskan prestasi cemerlang di tempat sendiri.

“Sokongan padu setiap kali bermain di tempat sendiri sinonim dengan Anfield.”

Bournemouth dikendalikan oleh salah seorang pengurus terbaik dalam Liga Inggeris, Eddie Howe.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");