Perak Hari Ini

Rombakan Portfolio Exco Untuk Penambahbaikan – DS Zambry

IPOH: Penstrukturan semula portfolio bagi barisan Exco Kerajaan Negeri Perak adalah bertujuan untuk penambahbaikan dan menjadikannya lebih baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perubahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bukanlah satu rombakan yang besar.

“Apa yang kita lakukan ini adalah lebih kepada usaha kita untuk memperkemaskan barisan dan juga bidang yang ada di setiap ahli Exco kita.

“Saya juga telah berbincang dengan rakan-rakan dan ini bukanlah orang kata rombakan-rombakan secara terkejut,” katanya.

Ujarnya, terdapat ruang-ruang tertentu yang perlu diisi berikutan ahli-ahli Exco mempunyai kekuatan tersendiri dalam bidang-bidang tertentu.

“Oleh yang demikian pada kali ini kita membuat sedikit penyusunan semula terhadap bidang-bidang yang ada, sesuai dengan Exco,” kata beliau lagi kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Tambah Zambry lagi, sebelum ini beliau telah berjanji untuk memberikan keupayaan kepada golongan muda dan wanita.

“Sebab itu pada kali ini wanita diberi tanggunjawab yang lebih besar iaitu pertama kali kita lihat dalam sejarah, seorang Exco wanita diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Kerajaan Tempatan.

“Ini merupakan dasar kerajaan negeri yang kita mahu menjadi lebih inklusif dengan tidak melihat daripada segi jantina sama ada dia lelaki atau perempuan tapi lebih kepada keupayaan masing-masing,” tegasnya.

Zambry berkata, dengan pendekatan yang diambil tersebut, ianya mampu memberikan tanggungjawab yang lebih baik, efektif dan efisien kepada ahli-ahli Exco

Beliau juga berharap kesemua barisan Exco berkenaan dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan sempurna.

“Perkara paling penting yang saya selalu katakan adalah gerak kerja mereka kepada rakyat, teruskan gerak kerja yang baik kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Exco kanan negeri, Datuk Saarani Mohamad telah mengumumkan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah menstruktur semula barisan Exco Kerajaan Negeri.

Ia melibatkan penambahan, pengurangan serta perubahan terhadap bidang tugas atau portfolio yang dipegang oleh barisan Exco berkenaan tanpa merombak keanggotaan 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang sedia ada.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");