Panasnya Hari Ini

Rumah Urut Diserbu, Warga Asing Ditahan

SUNGAI PETANI: Menerusi “ops Ikrar” Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah berjaya menahan pendatang tanpa izin (PATI) dalam satu serbuan dan pemeriksaan keatas tiga premis pusat refleksologi di lokasi berasingan sekitar Sungai Petani semalam.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Mohamad Yusri Hashim, Operasi yang dijalankan bermula jam 8.27 malam telah disertai oleh seramai 22 pegawai Imigresen diketuai Penolong Pengarah  Imigresen Nar Azaman Ibrahim.

Dalam Operasi berkenaan pemeriksaan ke atas 14 orang pelbagai warganegara termasuk warga tempatan telah dijalankan.

Hasil pemeriksaan, pihak Imigresen berjaya menangkap 10 pendatang tanpa izin yang terdiri daripada 10 wanita warga Thailand dan seorang lelaki warga tempatan.

Tambah Yusri lagi di lokasi pertama di Pusat Urut Refleksiologi PEK dekat Taman Angsana, seramai lima warga asing yang diperiksa dan hasil pemeriksaan dua wanita telah ditahan.

“Di lokasi kedua, Traditional Urut di Taman Mutiara indah, limq wanita ditahan dan di lokasi ketiga, disebuah rumah di Taman Sejati Indah, empat orang ditahan yang terdiri dari tiga wanita warga Thailand dan seorang lelaki tempatan.

Tambahnya lagi, Mereka yang ditahan berumur antara 21 sehingga 56 tahun.

Hasil Siasatan awal juga mendapati semua warganegara asing ditangkap kerana kesalahan melanggar syarat pas lawatan di bawah Per.39(b) Peraturan Peraturan Imigresen 1963.

 

Manakala seorang lelaki tempatan turut didapati bertindak melindungi PATI dan akan disiasat mengikut Sek.56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Pind.2002).

Pendatang tanpa izin yang ditahan tersebut  juga dipercayai melakukan aktiviti aktiviti tidak bermoral dan berselindung dengan menawarkan perkhidmatan refleksiologi dan urutan tradisional.

Mereka kini ditahan dilokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserahkan ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");