Sukan Hari Ini

Safee tagih komitmen rakan sepasukan

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir mengekalkan gelaran juara bertahan Liga Super musim ini selepas menunjukkan aksi cemerlang dalam beberapa perlawanan.

Bagaimanapun, barisan pemain skuad Harimau Selatan itu diharap tidak terlalu yakin kerana peluang menjulang piala Liga Super masih terbuka untuk Pahang.

Perbezaan hanya satu mata dengan Pahang membuatkan tulang belakang JDT, Safee Sali menagih komitmen rakan sepasukan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada meskipun berdepan pasukan Kelantan yang berada di tangga kesembilan.

Katanya, beraksi di stadium keramat Sultan Muhammad Ke-IV, pasti Kelantan akan buktikan mereka bukan pasukan belasahan di hadapan penyokong sendiri.

“Saya akui JDT di landasan terbaik dalam usaha mengekalkan piala Liga Super, namun kita tidak boleh yakin, sebaliknya lebih berwaspada.

“Kelantan bukan pasukan belasahan dan beraksi di gelanggang keramat mereka pasti perlukan kita bekerja keras untuk menang,” katanya.

Safee berkata, prestasi permainannya di atas padang semakin meningkat hasil tunjuk ajar Ketua Jurulatih, Mario Gomez dan sokongan rakan sepasukan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");