Perak Hari Ini

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-58 Peringkat Negeri Perak Disambut Meriah

IPOH: Sekitar 10,000 orang hadir menyaksikan perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan ke-58 peringkat negeri di hadapan Dewan Bandaran, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh sejak 8 pagi tadi.

PERAKTODAY6

Berangkat pada acara perbarisan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang turut berkenan menyertai rakyat meraikan sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri hari ini.

PERAKTODAY2

Turut berangkat ialah puteri baginda Raja Nazira Safya, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan para exco kerajaan negeri.

PERAKTODAY3

Sebanyak 114 kontinjen melibatkan 6,500 peserta daripada jabatan dan agensi kerajaan, sekolah, institut pengajian tinggi, pasukan beruniform dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai perarakan dan perbarisan tersebut.

PERAKTODAY10

Acara bermula dengan pemeriksaan kawasan kehormatan oleh Baginda Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan nyanyian lagu negeri Perak dan Negaraku.

Bertemakan Sehati Sejiwa perbarisan kali ini turut melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi antaranya seperti Jabatan kerja Raya Perak (JKR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

PERAKTODAY

Turut berlangsung, perarakan aset-aset daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) antaranya motosikal Kawasaki GTR 1400 juga kenderaan khas yang digunakan untuk mengawal lalu lintas dan rondaan, selain beberapa kenderaan lain turut menarik perhatian orang ramai.

PERAKTODAY6

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga turut mempersembahkan aset pertahanan yang dimiliki antara yang dinantikan juga para pengunjung kali ini.

Sejurus selepas acara perbarisan turut berlangsung Majlis penyampaian hadiah pertandingan sempena hari Kebangsaan ke-58 peringkat negeri Perak di Dewan Bandaran Ipoh.

PERAKTODAY8

PERAKTODAY7

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");