Sukan Hari Ini

Sapura mula curi tumpuan

SAINGAN Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) 2015 kini semakin rancak apabila Sapura mula mempamerkan taring mereka apabila mula mencabar pasukan pilihan juara berganda Pasukan Hoki Terengganu (THT), Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Terbaru skuda Sapura kendalian Tai Beng Hai kembali mencuri tumpuan apabila melakar kejutan ke atas TNB.

Mereka kini menjadi pasukan yang mampu untuk memberi tentangan dalam saingan liga musim ini.

Kemenangan 2-1 ke atas pasukan pilihan di Stadium Hoki Bukit Jalil, kelmarin itu membolehkan Sapura menghuni tangga ketiga seterusnya memberi tekanan kepada THT dan KLHC.

Kejayaan itu juga memberi keyakinan tinggi kepada Beng Hai untuk mencabar kejuaraan pada musim ini.

“Pada saya, pasukan lain juga ada peluang untuk menghuni tangga teratas liga.

“Bagi mengejar kedudukan pendahulu, saya berharap Sapura mampu mengekalkan rentak perlawanan dalam aksi seterusnya,” katanya.

Mengulas aksi menentang TNB itu, Beng Hai berkata, biarpun ketinggalan 0-1 anak buahnya tidak mudah putus asa dalam misi meraih tiga mata penuh.

“Pemain saya beraksi baik. Mereka bangkit daripada ketinggalan. Tiga mata ini amat berharga untuk kami,” katanya.

THT beri KLHC tekanan

Sementara itu, juara Piala Sumbangsih, KLHC terus mengukuhkan kedudukan di puncak liga s elepas menundukkan Maybank 3-1 di Stadium Hoki Bukit Jalil, malam kelmarin.

Kemenangan itu membolehkan KLHC mengumpul 13 mata seterusnya menghuni tangga teratas liga.

Bagaimanapun kedudukan itu masih belum selamat kerana KLHC dipisahkan satu mata dengan pencabar terdekat THT.

Dalam aksi terbaharu THT bimbingan Sarjit Singh menundukkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan kemenangan 4-2, di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Batu Burok, Kuala Terengganu kelmarin.

Tambah menarik penyerang kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil tampil meledak dua gol membantu kemenangan berharga THT berkenaan.

“UniKL memberikan saingan cukup hebat kepada jentera kami. Setiap masa mereka beri tentangan sehingga memaksa pemain memerah keringat yang lebih dalam perlawanan ini.

“Tidak mudah untuk kembali bangkit apabila ketinggalan dua kali, namun saya sangat gembira dengan kemenangan diperolehi serta semangat juang dipamerkan pemain,” kata Sarjit.

Katanya, saingan musim ini lebih terbuka kerana semua pasukan berada pada tahap prestasi tersendiri.

“Sudah tentu THT juga berada di landasan sukar. Apa yang penting kami perlu tiga mata dalam setiap perlawanan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");