Sukan Hari Ini

Satu alternatif

Kuala Lumpur: “Bukan kemestian namun sebagai pilihan”.

Itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar) susulan isu pemain naturalisasi yang dibangkitkan pihak tertentu.

Terbaru Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan tindakan berkenaan tidak bermaruah jika badan induk bola sepak negara itu melaksanakan idea berkenaan.

Khairy berpandangan FAM perlu menumpukan kepada usaha mendapatkan pemain yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Malaysia serta program pembangunan.

Namun Hamidin menegaskan, pemain naturalisasi perlu dilihat sebagai pilihan dan bukannya satu kemestian atau wajib untuk skuad Harimau Malaya.

“Malah saya ingin jelaskan cadangan ini (pemain naturalisasi) timbul bukan dari FAM tapi cadangan pihak yang sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak negara.

“Ia juga masih perlu dikaji dan FAM sendiri perlu berbincang sama ada tindakan ini mampu memberikan kebaikan atau sebaliknya. Ia bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya.

Jelasnya, cadangan berkenaan seiring dengan wawasan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang tidak pernah melupakan pembangunan bola sepak negara terutamanya apabila membabitkan pemain muda.

Mengulas lebih lanjut, Hamidin berkata, negara yang mengambil pemain naturalisasi boleh dianggap sebagai jalan kedua buat jurulatih bagi mengatasi masalah kekurangan pemain tempatan berkualiti bagi membaiki persembahan skuad negara.

“Saya fikir peminat percaya langkah ini untuk menampung kekurangan pemain tempatan berkualiti. Langkah itu boleh dianggap sebagai tindakan sementara ketika kita menunggu produk program pembangunan akar umbi,” katanya.

Isu naturalisasi itu dibangkitkan susulan skuad Pilihan Malaysia yang menampilkan lima pemain import Liga Malaysia, terikat 1-1 ketika menentang gergasi Liga Perdana Inggeris Liverpool bulan lalu.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");