Membawang Hari Ini

‘Saya dah rujuk JAIS’

Keputusan pelakon Raja Farah, 27, mengikat tali pertunangan pada 9 Ogos lalu mengundang 1001 persoalan terutama tempoh idah.

Menjelaskan perkara itu, pelakon filem Aku Masih Dara ini mengakui merujuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum membuat keputusan.

“Mengikut perkiraan, tempoh idah saya berakhir pada 22 Julai lalu selepas tiga kali suci seperti dijelaskan pihak berkenaan.

“Jadi, pada 8 Ogos lalu pihak lelaki menghantar rombongan merisik sebelum bertunang pada keesokan harinya. Jadi tak ada masalah untuk saya bertunang atau melangsungkan pernikahan,” katanya.

Mengambil kira kesungguhan yang ditunjukkan bakal suami untuk memperisterikannya, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz menafikan keputusan terbabit dibuat secara tergesa-gesa.

“Sebelum ini tidak terfikir untuk berkahwin. Cuma diakui kami mula berkawan ketika saya masih dalam idah.

“Sepanjang perkenalan, hubungan kami sentiasa dipantau ibu bapa masing-masing.

“Saya masih waras dan tahu batas. Kami lebih banyak berhubung menerusi khidmat WhatsApp. Kalau berjumpa, pasti saya ditemani seseorang,” katanya.

Mengimbau detik perkenalan, Raja Farah dan bakal suami terserempak di sebuah restoran dua hari sebelum menyambut Ramadan.

“Perkenalan kami secara kebetulan. Ketika itu saya dan keluarga sedang menikmati makan malam dan tanpa sedar ada lelaki asyik memerhati.

“Mulanya dia tidak mengenali saya, tetapi selepas diberitahu rakannya, dia berusaha mendapatkan nombor telefon saya di akaun Instagram,” katanya.

Kehadiran jejaka berusia 33 tahun yang diperkenalkan sebagai II itu mengisi kekosongan hati Raja Farah selepas sah becerai pada 25 Mei lalu.

“Cara dia mendekati saya dan keluarga buat saya terharu. Daripada situ saya nampak kesungguhanya.

“Tambahan pula, selepas bercerai hati saya kosong. Kehadirannya tepat pada masa dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya,” katanya.

Merahsiakan tempoh pertunangan, Raja Farah bagaimanapun memaklumkan majlis nikah akan berlangsung dalam waktu terdekat.

“Insya-Allah apabila kad jemputan diedarkan, jemputan akan tahu tarikhnya. Buat masa ini biarlah dirahsiakan dulu.

“Majlis nikah akan diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong disusuli acara resepsi di Hotel De Palma Ampang,” katanya.

Meskipun beberapa kali dipujuk mendedahkan identiti bakal suami, Raja Farah dengan lembut menjelaskan dia belum bersedia.

“Saya minta maaf kepada semua. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama. Tujuannya bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku sebelum ijab kabul.

“Cukup saya katakan dia masih bujang, berasal dari Ampang dan seorang ahli perniagaan,” katanya.

Menurutnya lagi, status janda bukan kekangan untuk mengecapi kebahagiaan berumah tangga sekali lagi.

“Mulanya dia tidak tahu saya pelakon dan status saya. Namun, selepas tahu dan bertanya kesahihannya, dia dapat terima dengan hati terbuka.

“Malah keluarganya berfikiran terbuka dan menerima baik kehadiran saya,” katanya yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum pada 12 November 2010 dan bercerai pada 25 Mei lalu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");