Panasnya Hari Ini

Saya Tegur Supaya Nak Perbetulkan Apa Yang Salah – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa apa yang beliau lakukan adalah untuk memperbetulkan perkara yang salah.

Beliau turut menyelar tuduhan yang telah dilemparkan oleh beberapa pihak yang melabelnya sebagai pengkhianat UMNO selepas usaha beliau memperbetulkan kesalahan yang berlaku dalam parti.

“Ada orang kata saya pengkhianat. Ini bukan mengkhianat. Saya tegur supaya nak perbetulkan apa yang salah.

“Saya tidak mahu UMNO yang saya sayang ini jatuh,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya, semalam, memetik laporan Free Malaysia Today.

Katanya lagi, beliau turut dituduh sebagai individu yang berkomplot dengan pihak pembangkang bagi menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebabkan beliau digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin didakwa telah bersekongkol dengan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Namun, Azmin dan Lim Guan Eng telah menafikan dakwaan tersebut.

“Terkini ada pihak menyatakan saya tidak disenarai daripada kabinet bukan disebabkan kritikan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi soal ada komplot untuk saya menumbangkan Perdana Menteri.

“Saya dituduh bersekongkol dengan Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang, kedua-dua mereka telah menafikan maka tak perlu saya nafikan lagi.

“….yang saya mahu jelaskan di sini, saya tidak terlibat,” tegas Muhyiddin.

Terdahulu, Muhyiddin antara menteri Kabinet yang digugurkan oleh Najib dalam rombakan yang dilakukan pada 28 Julai lalu.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandangnya digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");