Panasnya Hari Ini

Sebut ‘Low Yat 2’ Hanya Sekadar Beri Gambaran- Ismail Sabri

KUALA LUMPUR:Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangannya berkaitan isu ‘Low Yat 2’ baru-baru ini, sama sekali tiada kaitan dengan isu perkauman.

Memetik sumber daripada Sinar online, ruang niaga yang akan disediakan di tingkat tiga bangunan ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu, tidak akan diberikan nama ‘Low Yat 2’.

Tambahnya lagi, tujuan menyebut ‘Low Yat’ adalah bagi memberi gambaran jelas wajah sebenar premis berkenaan.

“Jika saya hanya sebut kita mahu buka tempat telekomunikasi untuk usahawan, mereka tidak boleh menggambarkannya.

“Tujuan menyebut Low Yat adalah untuk mereka menggambarkan apa yang kita akan buat,” katanya sambil menambah Low Yat terkenal sebagai gedung menjual peralatan elektronik.

Terdahulu, Ismail Sabri mencadangkan pembukaan sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat, di ibu negara bertujuan untuk memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");