Berita Hari Ini

Sejarah ‘Malaysia Moden’ perlu diterap di sekolah

MUAR – Sukatan mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah perlu dikaji semula bagi memasukkan sejarah ‘Malaysia Moden’ untuk membolehkan para pelajar mengetahui kejayaan pemimpin negara yang mampu menangani krisis kegawatan ekonomi pada 1986 dan krisis kewangan pada 1997.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata,? para pelajar perlu mengetahui dengan jelas bagaimana krisis itu berlaku dan kejayaan pemimpin negara ketika itu menanganinya dengan baik.

“Itu sejarah negara apabila pemimpin ketika itu mampu menangani krisis itu. Kita mahu anak-anak kita bangga kerana perkara itu masih dekat dengan jiwa mereka kerana sebahagian besar rakyat terutama ibu bapa telah mengalami keadaan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Muar di Bangunan Umno, Muar di sini, hari ini.

Razali yang juga Ketua Umno Bahagian Muar itu berkata, beliau khuatir jika sejarah itu tidak dijelaskan dengan baik, generasi muda akan dipesongkan oleh dakyah pihak tertentu yang disebarkan melalui media sosial seperti isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, dan pergaduhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

“Media baharu yang wujud ini telah dijadikan bahan bacaan generasi muda ini dan akhirnya sukar untuk kita perjelaskan siapa yang betul mengenai sejarah itu,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");