Sukan Hari Ini

Selangor gagal manfaat peluang cipta jaringan

Kuala Lumpur: “Peluang yang banyak dicipta namun gagal diterjemahkan.”

Itu rumusan pengendali Selangor Mehmet Durakovic selepas anak buahnya bangkit untuk mencuri satu mata ketika seri 1-1 dengan PDRM di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Jaringan menerusi sepakan percuma Andik Vermansah pada minit ke-89 memastikan keputusan seri selepas pelawat mendahului menerusi tandukan Ashfaq Ali seawal minit kesembilan perlawanan.

“Kami mencipta cukup banyak peluang dan seharusnya menang perlawanan ini. Namun satu kesilapan mudah membolehkan lawan menjaringkan gol.

“Secara keseluruhan 90 minit, kami menguasai permainan dan layak meraih tiga mata penuh malam ini (malam kelmarin),” katanya.

Berbaki enam perlawanan liga, Selangor kini mengumpul 25 mata, ketinggalan 11 mata kepada pendahulu Pahang yang terus melakar kemenangan.

Usaha Selangor meledak jaringan menerusi Guilherme De Paula, Ahmad Hazwan Bakri dan Nazmi Faiz Mansor tidak berhasil sehinggalah Andik menggegar gawang lawan.

Namun Durakovic enggan menyalahkan jentera serangan walaupun tiga gol dalam tiga perlawanan terakhir liga adalah menerusi ‘set piece’ sepakan percuma.

“Saya tidak terlalu memikirkan bagaimana cara kami menjaringkan gol kerana yang penting bagaimana kami perlu memenangi perlawanan.

“Saya gembira dengan persembahan penyerang kami. Anda boleh lihat, kami mendominasi permainan, setiap posisi dan banyak mencipta peluang,” jelasnya.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");