Isu Panas

Seminggu untuk fikir semula letak jawatan

KOTA BHARU – Tempoh masa seminggu diberikan kepada Ketua Pemuda Pas Tumpat, Mohd Abd Rashid Yah bagi mempertimbangkan semula keputusannya melepaskan jawatan yang dipegangnya kini.

Ketua Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dari sudut perlembagaan, sekiranya beliau kekal dengan keputusan tersebut, jawatan itu akan dipangku oleh timbalan ketua sehingga mesyuarat agung pemilihan yang akan datang.

“Peletakan jawatan ialah satu perkara biasa dan ia dibenarkan oleh perlembagaan parti.

Setakat ini Pemuda Pas negeri hanya menerima laporan daripada Pemuda Pas kawasan Tumpat sahaja dan kami dimaklumkan bahawa tempoh masa seminggu telah diberikan kepada beliau untuk menimbangkan semula peletakan jawatan tersebut,” katanya.

Beliau mengulas tindakan Mohd Abd Rashid Yah yang mengumumkan meletak jawatan ekoran dakwaan tidak berpuas hati dengan krisis dalaman yang melanda parti itu.

Mohd Abd Rashid terdahulu dilaporkan sebagai berkata, keputusan tersebut dilakukan tanpa melibatkan paksaan mana-mana pihak.

Namun begitu, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat turut menjelaskan, perkara tersebut tidak menjejaskan gerak kerja dan perancangan yang dilakukan Pemuda Pas negeri.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");