Perak Hari Ini

Seorang Lagi Mangsa Lemas Ditemui

Ipoh: Seorang lagi mangsa yang dilaporkan lemas dalam kejadian semalam di lombong tinggal berhampiran Taman Rasi Jaya, Menglembu, di sini telah ditemui pihak penyelamat hari ini.

Menurut sumber jurucakap Balai Bomba dan penyelamat, mayat mangsa kedua itu ditemui pada 11.20 pagi tadi sementara mayat abangnya, pula berjaya ditemui petang semalam.

“Panggilan kecemasan diterima pihak penyelamat berhubung insiden melibatkan dua remaja lelaki berusia Lingkungan 14 dan 16 Tahun telah terjatuh ke dalam sebuah lombong ketika sedang melakukan aktiviti memancing,” katanya.

Tambah sumber lagi, keluasan lombong tersebut dianggarkan sekitar 6 hingga 7 Ekar dan kedalamannya dianggarkan sekitar 30 Kaki.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota penyelamat segera mendapatkan maklumat daripada saksi berhubung insiden tersebut dan memulakan pencarian.

“Anggota penyelamat telah bertindak melakukan pencarian menggunakan peralatan khas di sekitar tebing lombong dan bot juga diturunkan,” katanya.

Seramai 39 orang membabitkan anggota polis, bomba serta Rakan Cop terlibat dalam operasi mencari itu.

Operasi tamat sekitar jam 12.40 tengah hari tadi yang diketuai oleh Pkpgb Ismail Darus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");