Panasnya Hari Ini

Serangan Halus Roboh Kekuatan

KUALA LUMPUR: Perlembagaan Malaysia bukan sekadar diwujudkan begitu sahaja tanpa memberi sebarang kebaikan kerana kedaulatan, keamanan dan kekuatan kini adalah berkisar dan berpegang kepadanya.

Senario perkembangan ekonomi dan politik kini menjadi semakin meruncing dari sehari ke sehari ditambah lagi dakwaan dan tafsiran pelbagai pihak melalui pelbagai medium cukup meluas.

Bagi sumber ini yang enggan dikenali turut tampil berkongsi pendapat bahawa ‘kekuatan bangsa itu’ kini hanya terletak pada perlembangaan tersebut.

‘Admit other states to the faderation’ ataupun erti kata lain mengakui negeri-negeri lain untuk membentuk Persekutuan antara intipati Perlembagaan yang punya tafsiran tersendiri cukup halus untuk digambarkannya.

“Jika pihak pembangkang menang pastinya tampok pimpinan digalas oleh DAP berdasarkan senario parti PAS pula kini yang kelihatannya sudah mula berpecah.

“Golongan liberal dalam PAS sendiri sudah mula bersama menganggotai pihak lain juga parti pembangkang,” katanya.

Mengikut Perlembagaan Malaysia, bagi parti yang mendapat 2 /3 membawa kepada 148 kerusi Parlimen boleh mengubal undang-undang seperti perihal perkara (73).

Tambahnya lagi, pemimpin negara sebarang lautan itu, Lim Kuan yew pada tahun 2013, juga pernah berkata bahawa tidak mustahil dalam masa 50 tahun Singapura akan menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Teorinya lagi, seandainya Pakatan menang dengan selesa iaitu 2/3 dengan diketuai oleh DAP semestinya parti ini boleh mempelawa Singapura untuk masuk sebagai sebahagian daripada Malaysia.

Sebagai contoh, kini kerusi Parlimen dipegang mempunyai 222 kerusi dan tahukah semua Singapura sebuah negara yang kecil itu mempunyai 87 kerusi?

Diandaikan bahawa kerajaan mentadbir kini tewas, dan Parlimen dikuasai oleh pihak pembangkang pastinya Singapura akan dipelawa untuk memasuki Malaysia maka jumlah kerusi bakal bertambah menjadi 309 Parlimen

“Tidak mustahil fantasi ini menjadi kenyataan, kerana agenda ini sedang berjalan ditambah pula golongan bumiputera giat beralih angin ke arah sana berikutan masalah perpecahan dan parti keramat juga semakin goyah,” katanya.

Kebanyakkan peguam daripada pihak pembangkang pula kelihatan menyerang bertubi -tubi terhadap perlembangaan negara terutama sekali mengenai sistem Beraja dan berpelembagaan.

Pastinya anda masih mengingati Pilihanraya Kecil di Teluk Intan, seorang calon PRK itu, Diyana Sofya dikatakan menyatakan hasrat ingin membubarkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Bijaknya pihak tersebut menggunakan anak Melayu menyampaikan amanat terbuku dihati supaya mampu mengawal keberangan golongan Melayu.

“Jika Institusi Diraja dan Askar Melayu berjaya dihapuskan, maka Islam dan Melayu tidak dapat dipertahankan lagi,” katanya.

Kekuatan kita adalah Islam dan bangsa, apabila keduanya saling berkait dan bergantung.

Parti gabungan baharu juga sukar untuk  dipercayai dan perkara utama sebagai kesimpulannya adalah peranan kita kini bagi memilih pemimpin perlulah berhati-hati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");