Berita Hari Ini

Sertai Bersih bukan pengukur semangat patriotisme

KUALA LUMPUR – Masyarakat tidak seharusnya terkeliru dengan matlamat penyertaan himpunan Bersih 4.0 kerana ia tidak melambangkan jiwa patriotik rakyat Malaysia, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Tegasnya, rakyat masih punya cara lain untuk melahirkan semangat patriotisme sempena sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos nanti.

“Rakyat negara ini ada semangat patriotik dengan cara mereka tersendiri. Mereka (rakyat) yang tidak mahu sertai Bersih ini tidak semestinya tidak patriotik.

“Takkanlah hanya kerana beberapa orang (dalam) Bersih yang mahukan himpunan dibuat kononnya untuk menuntut kepentingan demokrasi, 30 juta rakyat yang lain tidak patriotik?,” soalnya.

Nur Jazlan ditemui pemberita hari ini pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara yang diadakan di Dewan Perdana Felda, di sini, hari ini.

Mengulas perkara sama, bekas timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin dalam satu kenyataan berkata, tindakan berhimpun dalam demonstrasi jalanan tidak melambangkan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Mohd Bakri juga berpendapat, ia bukan cara konstruktif untuk orang ramai mencari penyelesaian terhadap masalah dalaman negara, selain menegaskan ia bukan jalan penyelesaian masalah yang kukuh.

“Adakah anda dapat menyelesaikan masalah dengan demonstrasi jalanan? Jangan menyalahgunakan undang-undang yang sedia ada untuk mencapai apa-apa matlamat yang boleh menjejaskan keselamatan awam dan ekonomi negara.

“Tindakan ini bukan boleh menyelesaikan apa-apa tetapi menimbulkan masalah dan bebanan untuk orang lain. Sebaliknya, kita perlu memberi perhatian terhadap isu-isu lain dan bukan merancang demonstrasi,” beliau dipetik sebagai berkata.

Nur Jazlan dalam pada itu turut menyarankan orang ramai untuk memperingati jasa-jasa pahlawan terdahulu yang terkorban ketika memperjuangkan kemerdekaan di tanah air.

“Itu lebih patriotik daripada turun untuk sertai himpunan Bersih nanti,” tegasnya.

Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berhasrat menganjurkan Himpunan Bersih 4.0 di ibu negara pada 29 dan 30 Ogos ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");