Membawang Hari Ini

Sikap profesional Holmes

SEBELUM ini, pelakon dan model, Katie Holmes tidak pernah kalah dalam acara-acara karpet merah menerusi pemakaiannya yang sering kelihatan anggun dan menawan.

Kali ini, bintang filem Jack and Jill itu sekali lagi menarik perhatian orang ramai ketika berada di lokasi penggambaran filem terbaharunya, All We Had di New York.

Semuanya gara-gara pakaiannya, tube dress yang terlalu singkat sehingga memperlihatkan bahagian dada dan punggungnya.

Malah, Holmes juga dilihat tidak selesa mengenakan pakaian tersebut.

Lantaran tidak mempercayai diri dalam busana terbabit, Holmes kemudian mengikat kemeja kotak-kotak di bahagian punggungnya bagi menutup sebahagian punggungnya yang terdedah.

Penampilannya itu membawa kembali ke era 1990-an yang kini sudah kembali menjadi trend.

Meskipun begitu, Holmes tetap profesional ketika sedang dalam sedang berlakon dengan rambut pendek ikalnya diikat setengah ditambah tata rias wajah secara semula jadi sambil mengenakan sandal.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");