Sukan Hari Ini

Skuasy Remaja Dunia: Malaysia jinakkan Jerman

SKUAD remaja perempuan negara bermula cemerlang pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2015 di Eindhoven, Belanda apabila menewaskan Jerman 3-0 dalam saingan Kumpulan D semalam.

Pemain utama, S Sivasangari mengalahkan Saskia Beinhard 11-5, 11-3 dan 11-6 dalam perlawanan pertama sebelum Andrea Jia Qi Lee mengenepikan Ramona Bauer 11-3, 11-6 dan 1-5.

Menurut laman web kejohanan www.wsfworldjuniors.com, Zoe Foo Yuk Han mencipta kemenangan ketiga Malaysia dengan menewaskan Kacenka Tycova 11-3, 11-6 dan 11-7 dalam perlawanan yang berlangsung di Squashtime Centre.

Dalam satu lagi perlawanan, pilihan ketiga Hong Kong mengalahkan Belanda 3-0 untuk mengungguli Kumpulan D. Malaysia seterusnya akan bertemu Guyana sementara Hong Kong akan bertemu Jerman. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");