Perak Hari Ini

“Sports Science Governed Sports Leadership Empowerment Series” Ruang Berkongsi Maklumat

IPOH: Seminar “Sports Science Governed Sports Leadership Empowerment Series” yang julung kali dianjurkan di Malaysia berjaya menghimpunkan pengiat sukan dalam pelbagai bidang untuk berkongsi kefahaman dan pelan strategik terkini.

Perak selaku tuan rumah program berkenaan merupakan anjuran Institut Sukan Negara (ISN) dengan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak (MSNPK) dan Akademi sukan.

Seminar telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya bertempat di Hotel Tower Regency di sini hari ini.

Penganjuran seminar tersebut merupakan sebahagian daripada proses meningkatkan kefahaman aplikasi sains, perubatan dan juga teknologi sukan.

Objektif utamanya adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai corak kepimpinan berteraskan sains sukan.

PERAKTODAY31

Pengetahuan terhadap amalan terbaik dan terkini dalam menguruskan pasukan prestasi tinggi melalui pendekatan sains dan teknologi sukan juga diharapkan mampu meningkat.

Hubungan integrasi antara pemimpin dengan saintis sukan dapat juga diwujudkan supaya terus berupaya kecermelangan prestasi sukan tanah air.

Seminar diisi dengan slot pembentangan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ISN yang bertajuk “Performance Leadership : Sport Science Perspective dan sesi pembentang kedua oleh Pengarah Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr Shamala K.Subramaniam yang bertajuk “Sports Leadership- The Impact of Technology”.

Turut berlangsung forum yang bertajuk “Facilitating Peak Perfomance” yang dikendalikan oleh Prof Dr. Shamala K.Subramaniam selaku moderator dan antara panel-panel yang turut serta iaitu President The Council For Restorative Justice Dr. Tan Kah Hock, Ketua Jurulatih Bola sepak Perak, Datuk M. Karathu dan Timbalan Dekan Fakulti Sains Sukan Dan Kejurulatihan UPSI, Prof madya Dr. Nur Ikhwan Muhamad.

Program peringkat lanjutan dijangka akan dijalankan pada masa hadapan dibawah pelan transformasi ISN yang sedia ada.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");