Panasnya Hari Ini

SPRM: Perpindahan Dua Pegawai Dibatalkan

KUALA LUMPUR: Dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya berpindah ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, dibatalkan pertukaran mereka.

Memetik laporan Sinar Harian, kedua-dua pegawai tersebut akan terus kekal di SPRM dan akan mengalas jawatan masing-masing seperti biasa.

Terdahulu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizah Yaakob telah diarahkan bertukar ke JPM bermula pada hari ini.

Kedua-dua pegawai kanan tersebut telah berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal pada hari ini.

Kedua-dua pegawai tersebut didakwa dipindahkan atas ‘masalah disiplin’ , menurut surat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, berkata, pembatalan pertukaran kedua-dua pegawai tersebut dilakukan selepas pihaknya mendengar penjelasan yang dilakukan.

“Kedua-dua mereka memberikan penjelasan mengenai tindakan mengeluarkan kenyataan media.

“Susulan dengan penjelasan tersebut, saya telah membuat keputusan membatalkan pertukaran kedua-dua pegawai ke JPM dan kembali ke jawatan asal masing-masing di SPRM berkuat kuasa hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");