Panasnya Hari Ini

#SPRM: Reaksi Khairy Dapat Pujian

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin memuji reaksi yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mempertikaikan isu pertukaran pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jumaat lalu.

Shahbuddin berkata, Khairy merupakan Menteri pertama yang tidak bersetuju dengan pertukaran tersebut dengan menganggap bahawa ianya merupakan satu tindakan yang tidak wajar.

“Woww.. nampaknya KJ sudah mencabar Najib! Selepas Muhyiddin dan Shafie Apdal digugurkan dalam rombakan Kabinet oleh Najib baru-baru ini kerana pendirian yang kritikal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Khairy barangkali boleh diberikan pujian atas sikap beraninya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui penulisan terbaharu di blognya, shahbudindotcom.blogspot.com.

Ujarnya, sikap yang ditunjukkan oleh Khairy tersebut boleh dianggap sebagai pembela rakyat serta menunjukkan sisi yang berbeza berbanding majoriti menteri lain yang lebih sayangkan jawatan.

“Seolah-olah menawarkan diri untuk menjadi pejuang dan pembela rakyat serta menunjukkan keghairahan yang berbeza berbanding majoriti menteri lain yang lebih sayangkan jawatan daripada menyatakan kebenaran, kini segala-galanya terserah kepada Najib untuk membuat pertimbangan,” tegasnya.

Tambah beliau lagi, sekiranya Perdana Menteri mengambil keputusan untuk ‘menyingkirkan’ Khairy, maka ianya terbukti bahawa Najib lebih suka dikelilingi oleh ‘yes man’ sahaja, walaupun dalam ucapannya, beliau cuba menafikan hakikat tersebut.

Terdahulu, dua pegawai kanan SPRM telah ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri pada Jumaat lalu.

Pegawai yang dipindahkan ialah Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob.

Bahri merupakan individu yang mengendalikan kes berprofil tinggi yang melibatkan isu derma sebanyak RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");