Panasnya Hari Ini

Sudahkah LHDN Siasat Akaun Peribadi Milik Najib?

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sama ada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengambil tindakan dengan kuasa yang ada bagi menyiasat akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dimana wang sebanyak RM2.6 billion telah dimasukkan untuk kegunaan pilihanraya ke-14.

Katanya, akaun perbelanjaan pilihanraya tiap seorang calon pilihanraya perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa dan ianya merupakan satu kesalahan jika ianya melebihi jumlah tertentu.

“Jika sekarang UMNO perlu RM2.5 billion untuk pilihanraya, ia tetap melanggar aturan peratuan dan undang-undang pilihanraya. Akaun perbelanjaan pilihanraya tiap seorang calon pilihanraya perlu dilapor kepada pihak berkuasa.

“Adalah salah jika ia melebihi jumlah tertentu. Saya pohon maaf jika peraturan ini sudah digugur. Ia diadakan untuk mengelak dari rasuah berlaku,”katanya melalui catatan terbaharu di blog beliau, chedet.cc.

Mahathir turut menegaskan bahawa beliau tidak akan mempersoalkan sumber wang tersebut sehingga beliau mendapat laporan daripada Auditor General dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) walaupun beliau tidak dapat menerima kenyataan yang dinyatakan kelak.

“Saya tidak hendak soal dari mana datang USD700 juta ini. Saya akan tunggu sehingga Auditor General dan PAC buat laporan terakhir, walaupun saya tidak lagi dapat terima bulat-bulat segala kenyataan yang akan diperbuat.

“Saya tidak ingin sentuh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun saya sebagai rakyat yang membayar cukai berhak untuk menyoal kewangan Negara. Tetapi seperti yang saya jelaskan, saya terpaksa bayar cukai pendapatan dan denda ke atas wang yang terdapat dalam akaun saya,”katanya.

Tegas Tun Mahathir lagi, ianya merupakan satu fitnah yang mendakwa beliau turut melakukan perkara yang sama dengan memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya untuk kegunaan pilihanraya.

“Dalam usaha menghalalkan tuduhan terhadap Najib kerana memasukkan dalam akaun peribadinya wang sebanyak RM2.6 billion yang kononnya adalah untuk pilihanraya ke-14, saya dituduh berbuat perkara yang sama.

“Tuduhan ini tidak berasas, semata-mata fitnah,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");