KOTA BHARU: Polis giat mengesan suspek khianat kes bakar kereta Ketua Pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) Jajahan Tumpat, di Bukit Marak, di sini, kelmarin.
Suspek dipercayai berusia 20 an itu lebih dari dua.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya turut akan memanggil rakan sejawat mangsa bagi mendapatkan keterangan untuk membantu siasatan.
“Melihat kepada kejadian botol berisi minyak yang dibaling ke dalam kereta dan kemudian dibakar, didapati si pelaku lebih kepada memberi ‘amaran’ kepada mangsa, bagaimanapun siasatan terperinci masih dijalankan,” katanya.
Motif sebenar masih disiasat.
-Sinar Harian
Komen & Pendapat