Panasnya Hari Ini

Tak Suka PM, Tunggulah Pilihan Raya- Nazri Aziz

KUALA LUMPUR:Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz berkata sekiranya ada yang tidak menyukai Perdana Menteri perlulah menunggu sehingga pilihan raya kerana ianya bukan berkisar mengenai kehendak individu malah ianya membabitkan suara majoriti rakyat.

Memetik sumber daripada Sinar harian beliau turut mengingatkan ahli Umno yang juga tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan pada pemilihan Umno akan datang.

“Jadi kalau ada ahli Umno pun tak setuju tunggulah sewaktu pemilihan Umno yang akan datang nanti jika tak suka pun.

“Manakala rakyat kalau tak suka Perdana Menteri tunggulah pilihan raya sebab ini bukan soal kehendak seorang individu ini soal kehendak suara terbesar dan suara terbesar pada tahun 2013 telah menunjukkan mereka mahu kepada Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri kerana beliau Presiden kepada sebuah parti (Umno) serta mendapat kerusi terbesar dalam Dewan Rakyat,” lapor Sinar Harian.

Tambahnya lagi, dakwaan mengenai tindakan pimpinan Umno yang berhasrat menggulingkan Perdana Menteri juga harus menghentikan hasrat berkenaan dan perlu lebih fokus bekerja untuk parti serta rakyat sehingga PRU14.

“Jadi hentikanlah, buatlah kerja kalau nak jatuhkan kerajaan pun buatlah cara yang dibenarkan iaitu menerusi pilihan raya.

“Sebab ia dilakukan dengan cara yang keras kerana seseorang yang dilantik, dipilih oleh rakyat tidak boleh diturunkan dengan cara yang tidak demokratik.

“Oleh itu, kalau guna cara itu ia adalah jenayah merupakan kesalahan di bawah kanun keseksaan dan tindakan boleh diambil,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri merupakan satu kesalahan di bawah kanun keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");