Panasnya Hari Ini

Tarikh ‘PROTON Design Competition 2015’ Dilanjutkan Hingga 17 September 2015

KUALA LUMPUR: PROTON Holding Berhad (PROTON) melanjutkan tarikh akhir penyertaan untuk PROTON Design Competition 2015 sehingga 17 September hadapan.

Menerusi kenyataan media hari ini, lanjutan tarikh tutup pertandingan ini dilakukan untuk memberi peluang kepada peserta, terutamanya pelajar sekolah menengah yang memerlukan masa tambahan untuk membahagikan masa diantara cuti perayaan dan penilaian bagi pelajar yang menduduki Penilaian Tingkatan Tiga (PT3).

Penganjuran PROTON Design Competition 2015 yang masuk tahun kedua tersebut bertujuan bagi memupuk semangat kreativiti dan invosi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tema bagi tahun ini adalah “Design A Concept Car For The Malaysian Family” dan ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Sekolah Menengah dan Individu.

 

Bagi kategori Sekolah Menengah, pelajar perlu berumur diantara 13 hingga 17 tahun dan dianggotai oleh tiga individu serta penyerahan perlu dibuat atas nama sekolah mereka.

Manakala bagi Kategori Individu pula, ianya terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun keatas.

Kedua-dua kategori ini dibenarkan menghantar maksimum tiga penyertaan dan ianya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semua peserta yang ingin menyertai pertandingan ini dikehendaki merekabentuk bahagian luar kereta mengikut tema serta perlu mengemukakan lakaran pembangunan dan tafsiran disamping boleh menggunakan visual digital 3D jika mempunyai kemahiran tersebut.

Para peserta boleh melayari laman web PROTON, www.proton.com untuk mendapatkan terma-terma dan syarat-syarat pertandingan.

Wang tunai sebanyak RM15,000 boleh dimenangi selain daripada 10 pemenang bagi kedua-dua kategori akan membawa pulang pingat dan sijil daripada PROTON.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");