Panasnya Hari Ini

Terima Konsep Persetujuan Bersama Jika Mahu Sertai Gabungan Baharu – PasMa

KUALA LUMPUR: Bagi mana-mana parti pembangkang yang ingin menyertai gabungan pembangkang yang baharu perlu menerima konsep persetujuan bersama yang menjadi dasar Pakatan Rakyat (PR).

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, syarat itu perlu dipatuhi oleh semua parti pembangkang sekiranya mereka mahu menyertai gabungan parti pembangkang baharu.

PAS juga perlu menerima konsep persetujuan bersama yang menjadi dasar Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mahu menyertai gabungan pakatan pembangkang yang baharu.

Katanya lagi, gabungan baharu ini perlu terbuka dengan menerima mana-mana parti pembangkang yang lain, termasuk PAS untuk bersatu menumbangkan Barisan Nasional (BN).

“Pakatan baharu ini mesti terbuka bukan sahaja untuk beberapa parti politik, malah untuk semua yang menentang BN,”tegasnya.

Katanya lagi, PAS juga masih boleh menyertai gabungan baharu itu asalkan mematuhi konsep persetujuan bersama PR.

“Sekiranya PAS ingin menyertai pakatan pembangkang baharu, mereka perlu menerima dasar Pakatan Rakyat.

“PAS terkeluar daripada PR kerana tidak mematuhi persetujuan bersama apabila berlaku pertikaian antara PAS dan PKR berhubung isu Menteri Besar Selangor dan pertikaian PAS dan DAP berhubung isu hudud. Isu ini menyebabkan perpecahan,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Katanya lagi, sekiranya PAS bersetuju dengan syarat yang diberikan, gabungan parti pembangkang yang baharu dijangkan akan menjadi lebih kuat untuk menentang UMNO.

Beliau turut berpendapat bahawa Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) perlu terus bersama dalam pakatan pembangkang untuk kekal lama.

Katanya lagi, KITA akan menjadi seperti parti serpihan PAS sekiranya mahu bergerak sendirian.

Phahrolrazi turut berkata, gabungan pembangkang baharu ini juga mempunyai peluang cerah apabila sokongan rakyat terhadap BN semakin menurun.

“Lihat perkembangan pada PRU-13, sokongan kepada pembangkang melebihi majoriti iaitu sebanyak 52 peratus yang menyokong PR.

“Dengan perkembangan yang ada sekarang, sokongan kepada BN dibawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menurun lagi dua atau tiga peratus, malah sokongan kepada gabungan pakatan pembangkang baharu akan meningkat sehingga 55 peratus,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");