Sukan Hari Ini

Teruskan rentak kecemerlangan

PENGENDALI Gergasi Merah Kuning, Mehmet Durakovic mahu anak didiknya terus mempamerkan aksi bertenaga dan konsisten bagi memastikan kedudukan tiga terbaik tidak terlepas.

Menyedari beberapa pasukan lain turut memiliki peluang sama rata, Durakovic percaya hanya tiga mata mampu menjamin kedudukan mereka untuk terus kekal di kelompok tiga terbaik.

“Masih belum selamat untuk kedudukan tiga terbaik kerana, pasukan lain turut memberikan saingan, tetapi bagi saya, fokus dalam setiap perlawanan dan mengutip tiga mata adalah keutamaan.

“Kita akan terus berusaha memastikan ia menjadi kenyataan,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin di Stadium Shah Alam, Selangor melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas pasukan bawahan liga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sekali gus merampas tangga ketiga daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tiga gol skuad Gergasi Merah dijaringkan pemain import dari Brazil, Guilherme De Paula menerusi sepakan penalti pada minit ke-32 selain gol padang Ahmad Hazwan Bakri (48) dan tandukan kapten pasukan, Shahrom Kalam, selang tujuh minit kemudian.

ATM pula meraih gol menerusi pemain import dari Nigeria, Abdulafees Abdulsalam pada masa kecederaan separuh masa pertama dan pemain gantian, Abdul Shukor Jusoh pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Mengulas perlawanan tersebut, Durakovic memuji semangat juang dan disiplin dipamerkan anak didiknya untuk memastikan tiga mata.

“Pemain beraksi cemerlang, tiga mata begitu bermakna dan saya harapkan semua pemain dapat mempertingkatkan corak permainan menjelang aksi menentang Lions XII, Sabtu ini,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");