Sukan Hari Ini

Tiada ‘nafsu’ hambat bola

Malmo, Sweden: Celtic tersingkir daripada Liga Juara-Juara apabila Malmo FF meraih kemenangan 2-0 pada perlawanan playoff kedua di Sweden untuk mara 4-3 secara agregat, awal pagi semalam.

Selepas permulaan kelam-kabut, Malmo membuka tirai jaringan pada minit ke-23 apabila Markus Rosenberg yang digantung pada perlawanan pertama minggu lalu menanduk masuk sepakan sudut melepasi penjaga gol Craig Gordon.

Celtic kecewa apabila jaringan Nir Bitton tidak disahkan secara kontroversi sebaik sebelum rehat sebelum jaringan sendiri Dedryck Boyata pada minit ke-54 membantu Malmo mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat tahun kedua berturut-turut.

Bagi Hoops, ia tahun kedua berturut-turut mereka terkandas pada peringkat sama dan juara Scotland itu terpaksa berpuas hati dengan pembabitan pada pertandingan kelas dua Liga Europa.

Pengurus Celtic, Ronny Deila tidak tertarik langsung dengan persembahan pasukannya.

“Saya fikir kami mempamerkan aksi paling teruk,” ujar pengendali dari Norway itu.

“Seluruh pasukan kelihatan takut dan gemuruh ketika bermain.

“Tiada siapa mahukan bola dan kami kehilangan bola dalam kawasan berbahaya sepanjang masa.”

Celtic melakukan dua pertukaran daripada perlawanan pertama apabila Saidy Janko menggantikan Mikael Lustig yang mengalami kecederaan, manakala Charlie Mulgrew menggantikan Emilio Izaguirre.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");