Sukan Hari Ini

Tiga kongsi kedudukan pendahulu golf kelayakan kebangsaan Sapura Kencana

KUALA LUMPUR: Tiga pemain profesional, Danny Chia, Ben Leong dan R Nachimuthu, masing-masing mencatatkan satu bawah par 71 untuk berkongsi kedudukan pendahulu pada pusingan pertama Kejohanan Kelayakan Kebangsaan Sapura Kencana di Kelab Golf dan Country Kuala Lumpur (KLGCC) di Bukit Kiara di sini, semalam.

Juara daripada kejohanan tiga pusingan ini akan menempah slot ke Kejohanan CIMB Classic 2015 bernilai US$7 juta (RM26.98 juta) dari 29 Oktober hingga 1 November ini.

Chia, 42, yang memburu penampilan keempat pada kejohanan CIMB Classic, melakarkan tiga birdie dan dua bogey, sama seperti Nachimuthu manakala Leong mencatatkan empat birdie dan tiga bogey.

Permainan disambung hari ini.

Kejohanan CIMB Classic menampilkan 78 pemain iaitu 60 daripada Jelajah PGA, 10 (Jelajah Asia) dan lapan pemain penaja.

KEPUTUSAN 71 – Ben Leong , Danny Chia, R. Nachimuthu;

72 – Wilson Choo;

73 – Gavin Kyle Green, Irfan Yusoff, Nicholas Fung, Sukree Othman;

74 – Anis Helmi, John Pang, Mohd Rizal Amin, S. Sivachandhran, Shaaban Hussin.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");