Jenayah

Tiga pekerja binaan maut dihempap konkrit

BUKIT MERTAJAM: Tiga pekerja tapak binaan maut dihempap konkrit dalam kejadian di Jalan Perusahaan Bukit Minyak, lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 itu, ketiga-tiga mangsa berada di atas bangunan yang dalam pembinaan.

Menurut sumber, ketika kejadian angin kencang serta hujan lebat melanda kawasan pembinaan tersebut.

“Melihat angin kuat disertai hujan lebat, ketiga-tiga mangsa melarikan diri dari tingkat atas bangunan terbabit.

“Bagaimanapun ketika menyelamatkan diri, salah satu tiang konkrit di bangunan tersebut secara tiba-tiba tumbang dan menghempap mangsa,” katanya.

Jurucakap bomba berkata, pihak menerima panggilan sekitar jam 4.55 petang dan terus bergegas ke ke tempat kejadian.

“Ketiga-tiga mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam bagi proses bedah siasat.

“Setakat ini, pihak bomba masih lagi menjalankan usaha mencari serta mengesan mangsa lain jika masih ada yang tertimbus,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");