Panasnya Hari Ini

Tiga Sebab Malaysia Terima RM2.6 Bilion- TPM

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengekang keganasan menjadi antara penyebab kepada penderma dari timur tengah itu tampil memberikan sumbangan sebanyak RM2.6 bilion sebagai dana politik.

Memetik sumber daripada Sinar online, beliau berkata sedemikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading, di sini, hari ini.

Tambahnya terdapat tiga sebab menjadi punca penyumbang berkenaan menyalurkan ‘derma’ terbabit untuk Malaysia.

Kata Zahid lagi, tujuan utama sumbangan itu diberikan kepada kerajaan yang ditunjangi Umno ini adalah untuk memastikan Malaysia dapat meneruskan perjuangan demi agama Islam seperti yang dilakukan sebelum ini.

“sebab pertama pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang keganasan kumpulan militan yang mampu menganggu-gugat keharmonian global.

” Malayisa yang diterajui Umno dan BN mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis), serta keganasan lain.

“Kedua Umno juga yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang menyeleweng daripada Islam sebenar.

“…dan yang ketiga derma berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum,” katanya

Tambahnya lagi, sumbangan terbabit juga bukan sahaja diberikan kepada Malaysia sahaja, tetapi beberapa negara lain juga pernah menerima sumbangan yang sama malah kewujudan dana politik berkenaan yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Bukan kita sahaja yang menerima dana seperti ini, malah terdapat dua atau tiga negara lain yang menerima sumbangan secara peribadi daripada penyumbang Arab Saudi ini.

“Saya berharap dengan penjelasan ini semua peringkat termasuklah dari peringkat akar umbi dapat mengelakkan tuduhan yang berunsur fitnah dan penerangan ini cukup jelas serta tidak perlu lagi dipanjangkan,” petik laporan Sinar itu lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");