Sukan Hari Ini

Tiket wildcard Moto3 buat Khairul Idham di Aragon

KUALA LUMPUR: Pelumba muda berbakat negara, Khairul Idham Pawi akan membuat penampilan sulung dalam saingan Moto3 di perlumbaan Grand Prix Dunia (MotoGP) atas tiket wildcard di Litar Motorland, Aragon, Sepanyol pada 27 September depan.

Lebih menggembirakan buat pelumba pasukan Honda Team Asia itu, perlumbaan pusingan ke-14 MotoGP itu berlangsung hanya seminggu selepas hari lahirnya yang ke-17 pada 20 September depan.

Dilabel antara bintang sukan permotoran negara, Khairul Idham dihadiahkan tiket wildcard berikutan aksi cemerlangnya dalam perlumbaan Kejuaraan Moto3 CEV Repsol FIM 2015 ketika ini.

“Saya gembira kerana akan tampil buat pertama kali dalam Kejuaraan Dunia ini di Litar Motorland, Aragon.

Honda memberi tiket wildcard ini kepada saya dan saya akan mencuba yang terbaik untuk pasukan Honda Team Asia.

“Saya berterima kasih kepada Honda dan juga Boon Siew Honda kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada saya,” kata Khairul Idham.

Selepas berakhir enam pusingan Kejuaraan Moto3 CEV Repsol FIM 2015, Khairul berjaya meraih tiga podium iaitu ketika muncul naib juara di Le Mans dan Perlumbaan 1 di Barcelona serta kedudukan ketiga pada Perlumbaan 2.

Juara perlumbaan kategori Asia Dream Cup Kejuaraan Motosikal Asia FIM 2014 itu kini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 80 mata, hanya 26 mata ketinggalan kepada pendahulu yang lebih berpengalaman, Aron Canet Babero (106 mata) dan Joan Mir Mayrata (100 mata).

-http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");