Panasnya Hari Ini

Tindakan Intimidasi Terhadap SPRM Perlu Dihentikan-KJ

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendesak agar intimidasi serta tindakan yang pertukaran ke atas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dihentikan segera.

“Saya tidak boleh terima serangan terhadap institusi seperti SPRM, pemindahan pegawai sungguh pelik dan mengecewakan seolah-olah ada intimidasi terancang,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia di sini, hari ini.

Beliau turut harap tindakan seperti ini dapat dihentikan segera dan intimidasi terhadap SPRM dapat dihentikan segera kerana ianya hanya akan menjatuhkan institusi kerajaan.

Tambahnya, tindakan yang diambil terhadap institusi SPRM bukan sahaja melemahkan institusi berkenaan malahan mampu melemahkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Kata beliau, sekiranya tindakan sebegini diteruskan, kepercayaan rakyat terhadap institusi dan juga kerajaan akan jadi semakin teruk.

“Saya difahamkan pegawai dipindah itu adalah pegawai yang mungkin kesalahan dia hanya menerima kunjungan daripada parti pembangkang. Lepas tu esok harinya dipindah. Bagi saya itu adalah sangat-sangat tidak adil.

“Kita kena jaga institusi. Jangan kerana kita nak ada agenda tertentu, kita sanggup runtuhkan institusi yang ada dalam negara ni. Saya tak sanggup untuk membenarkan dan membiarkan keadaan seperti itu berlaku,” tambah katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");