Sukan Hari Ini

Tok Gajah tetap dipuji

JURULATIH skuad Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan tetap memuji barisan pemainnya yang telah berusaha keras walaupun mengakui satu kerugian buat pasukan terlepas tiga mata penuh.

Itu reaksi pengendali berusia 53 tahun tersebut selepas sekadar seri 1-1 berdepan Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, kelmarin.

Namun keputusan itu tetap membawa Pahang kembali memintas Johor Darul Ta’zim (JDT) ke tangga teratas liga walaupun berkongsi mata sama (43) dan dibezakan dengan jumlah jaringan.

Menurut Zainal Abidin, beliau tetap menghargai usaha pemain yang telah mencuba sedaya mungkin dalam perlawanan tersebut.

“Memang dari segi mata ia satu kerugian tetapi perlu ambil kira tuan rumah memberikan aksi sengit kepada kami.

“Bukan mudah untuk beraksi di tempat lawan dan Perak telah memberikan asakan dan mengekang pemain saya,” katanya.

Namun bekas pemain kebangsaan itu berkata, aksi anak buahnya sedikit berbeza dan bukan di tahap kemampuan sebenar.

“Tidak seperti biasa, pemain saya tidak dapat membuat banyak peluang selain pertahanan tuan rumah yang begitu baik.

“Tetapi yang paling penting mereka (pemain) telah cuba sedaya upaya dan tidak tewas,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");