Panasnya Hari Ini

TPM Dakwa Pemimpin Umno Berpakat Dengan MP Pembangkang Usaha Jatuh Kerajaan

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendawa bahawa terdapat individu yang sedang berusaha keras untuk mendapatkan akuan berkanun (SD) daripada kedua-dua belah parti politik dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Memetik sumber daripada Mstar, beliau telah menerima maklumat mengenai perkara ini daripada sumber yang sangat dipercayai.

“Orang itu adalah pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang telah dikeluarkan baru-baru, dan kini bekerjasama dengan 87 ahli parlimen pembangkang untuk menentang kerajaan.

“Saya tidak akan menyebut nama-namanya tetapi ia akan terdedah juga dan sebagai Menteri Dalam Negeri, saya tidak akan membiarkan ianya berlaku,” katanya pada mesyuarat Umno bahagian Ampang di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, terdapat peguam yang sedang membuat persediaan bagi membentangkan kertas memorandum tujuh muka surat bersama dengan SD untuk membuktikan mereka mempunyai sokongan majoriti.

“Mereka tidak boleh menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang dan mereka cuba menggunakan pintu belakang.

“Saya tidak akan membiarkan ia terjadi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");