Perak Hari Ini

TPM Nafi Spekulasi Pertukaran Kepimpinan Tertinggi di Beberapa Negeri

BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan spekulasi berkenaan dengan pertukaran kepimpinan tertinggi di beberapa negeri termasuklah di Perak.

Beliau ketika ditemui telah memberi jaminan bahawa tidak berlaku sebarang perubahan terutamanya bagi jawatan Menteri Besar.

“Saya ingin menafikan terutamanya spekulasi tentang perubahan kepimpinan negeri Perak dan ingin memberikan jaminan bahawa kepimpinan di negeri Perak yang ada dikekalkan,” katanya.

Zahid berkata demikian dalam sidang media ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa berlakunya perubahan di beberapa kepimpinan negeri termasuklah negeri Perak dan Kedah.

7

Tegasnya, pada ketika ini perkara yang paling penting adalah sokongan daripada semua pihak dalam memastikan kepimpinan negeri terus mampan.

“Kita memberikan kepercayaan serta keyakinan sepenuhnya kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk terus memimpin kita.

“Dalam perkara ini, pendirian Ketua Kerajaan dan Presiden parti adalah jelas bahawa yang penting adalah dokongan daripada semua pihak,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, ia tidak seharusnya dikaitkan dengan sebarang keputusan dalam rombakan kabinet yang lalu kerana ianya melibatkan rombakan di peringkat nasional.

“Saya tidak mahu mendahului Perdana Menteri dalam membuat keputusan tetapi yakinlah bahawa tidak akan berlaku rombakan atau sebarang pertukaran dimana-mana negeri.

“Jangan timbul spekulasi mengenainya dan jangan ada perasaan dalam hati pemimpin berkenaan bahawa mereka akan disingkirkan,” kata beliau lagi.

Terdahulu, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pertukaran bagi dua jawatan Menteri Besar dan tiga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Ia dikatakan bagi mengukuhkan saf kepimpinan parti menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");