Panasnya Hari Ini

Tun M Hadir Bersih 4, Ada Agenda Peribadi

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan Bersih 4.0 menyifatkan kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke perhimpunan itu Dataran Merdeka pada Sabtu dan Ahad itu mempunyai agenda peribadi.

Dakwaan itu dilemparkan oleh Timbalan Pengerusi BERSIH, Sarajun Hoda Abdul Hasan menerusi laporan Malaysiakini hari ini.

Tambahnya lagi, bekas Perdana Menteri itu kelihatan menggunakan medium perhimpunan tersebut kerana ingin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sama seperti mesej yang dibawa oleh pihak penganjur himpunan tersebut.

“Ini adalah agenda Tun M, satu sebab ia mahu lihat Najib berundur dan kedua, dia mahu Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa,” katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membuat kejutan apabila mereka hadir ke perhimpunan berkenaan.

Namun bagaimanapun beliau turut menjelaskan bahawa kehadirannya pada perhimpunan itu bukan sebagai tanda menyokong BERSIH 4 tetapi mahu menunjukkan solidariti kepada rakyat yang menggesa Najib meletakkan jawatannya.

“Saya sokong rakyat. Bukan… BERSIH pun rakyat, mereka pun tak suka Najib.

“Ada orang nak bagi buruk nama saya kononnya saya sokong BERSIH. BERSIH pun rakyat.

“Bukan semua pakai baju kuning, ada juga yang tak pakai baju kuning.

“Saya hadir sebagai solidariti kepada rakyat,” katanya dalam sidang medianya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");