Panasnya Hari Ini

Video Anak Muda Mahu Selamatkan UMNO Jadi Viral

KUALA LUMPUR: Satu rakaman video berdurasi selama dua minit 25 saat menjadi viral di Facebook dan aplikasi Whatsapp yang memaparkan permintaan serta suara Pemuda UMNO yang inginkan penjelasan serta langkah menyelamatkan parti keramat bangsa Melayu itu.

Video ucapan yang dipercayai daripada Perwakilan Kuala Kedah itu berkata, isu-isu yang melibatkan UMNO mulai meruncing sejak 2008 dan sehingga kini masih belum mampu diselesaikan.

“Masalah kita mula dari Pilihan Raya Umum (PRU)  2008, kita dah ada banyak masalah. Kalah banyak negeri. Bila tukar kepimpinan kepada Datuk Seri Najib…PRU 2013, dapat ‘cover’ sikit, tapi kalah banyak jugak

“Isu 2008 sampai sekarang ni, dah tujuh tahun dah boleh ‘settle’ (selesai) sikit-sikit…ini tidak selesai, makin banyak masalah,”katanya.

Pemuda yang memakai baju tshirt berwarna ungu itu turut berkata, ahli UMNO perlu mendapatkan penjelasan daripada pucuk pimpinan parti.

“Orang sekarang bukan macam dulu. Kalau tak tanya, tolong bagi penjelasan.

“Dari tahun 2008 sampai 2013, tak ada penjelasan kepada ahli-ahli parti. Kalau kita tak tanya, kita nak tahu macam mana?,”tegasnya.

Ucapnya lagi, ahli UMNO masih memerlukan penjelasan tentang pelbagai masalah yang dihadapi oleh parti kini termasuklah isu berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terbaharu iaitu rombakan kabinet.

Di akhir ucapannya, beliau menyimpulkan apa yang diucapnya adalah sekadar luahan perasaan mewakili pemuda.

“Saya cuma nak luah perasaan. Saya harap saya mewakili semua perwakilan yang ada disini,”katanya.

Sepanjang video yang berdurasi kurang dari tiga minit itu, beliau turut mendapat tepukan gemuruh dan teriakan “Hidup Pemuda” dari  perwakilan yang hadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");